UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

| |

Wednesday, September 8, 2010

Punca-punca Yang Menyebabkan Komputer Menjadi Lembab


Beberapa panduan asas punca-punca yang menyebabkan komputer menjadi lembab. Antaranya ialah :-

1. Processor memang dah lembab.
Processor menunjukkn berapa pantas kerja yg boleh dilakukan bagi sesebuah komputer. Kalau processor dah lembab, tak guna buat benda lain lagi nak bagi laju. Oleh tu pemilihan kepala komputer (processor) ni penting masa mula-mula kita nak beli pc ataupun laptop. utk rujukan belilah komputer yg berprocessor duo core ataupun core 2 duo yg speed dia lebih drpd 1.66Ghz (bagi laptop).

2.Ram kecik.
Ram adalah memory storage yg benarkan berapa bnyak memori dipindahkan dalam satu masa. Maknanya kalau capacity ram tu kecil pemindahan data pun jadi perlahan. Pemilihan ram dan processor mestilah selari. Processor yang tingi perlukan ram yg besar. Oleh tu upgrade la ram anda semaksimum yang processor anda mampu support.

3. Malware / Virus.
Virus adalah musuh utama pengguna internet. Virus mengganggu sistem windows dan jadikan komputer kite lembab. Cara yg terbaik utk elakkan virus adalah update antivirus anda setiap hari. Scan juga komputer anda setiap hari. Tak kira jenama antivirus apa yg anda pakai, gunalah versi “Internet Security” supaya protection tu lebih. Dan jangan guna free version punya. Keluar duit sikit utk full protection kan lebih berbaloi-baloi.

4. Running antivirus/program.
Komputer akan menjadi slow semasa kita scan dgn antivirus. Elakkan menggunakan komputer semasa scanning in progress. Begitu jgk dgn program-program yang lain yang sedang running. Tak payah pelik sekiranya komputer anda menjadi kura-kura semasa antivirus atau program lain tgh berjalan

5. Terlalu banyak program.
Install software yg terlalu banyak pon boleh jadikan komputer jadi perlahan. Lebih2 lagi kalau saiz software tu besar2 belaka. Instal lah software yg anda rasakan perlu sahaja. Remove software yg dah tak digunakan.

6. Data dah serabut.
Menggunakan komputer utk jangka masa yg lama akn menyebabkan data2 dalam kmputer bertambah setiap masa. Cache, cookies, history, registry, junk file yg dah tak diperlukan perlu diremove. Data2 yg belambak perlu disusun. Maintenance utk tingkatkat performance komputer anda diperlukan. Solutionnya, anda boleh gunakan software pt Tuneup Utilities, Diskeeper, Registry Mechanic dan lain2 lagi. Ataupun anda boleh buat defragmentation secara manual utk penyusunan data2.

Mungkin juga ada sebab-sebab lain lagi yg boleh buatkan komputer kita jadi slow. Tapi kalau laptop kita slow, rujuk dulu kat atas ni sebelum buat spekulasi benda-benda lain. Komputer slow tak bermaksud terus kena format. Kita perlu amalkan punca kat atas tu, maintenance laptop selalu. Kerap format komputer pon boleh merosakkan hardisk. Oleh tu seboleh-bolehnya kita kurangkan format komputer ni. Semak point-point kat atas tu dulu. Kalau dah lembab jugak barulah format.

0 comments:

Post a Comment